Saturday, January 10, 2009

Impian dan Harapan Delima

Pagi yang indah menampakkan sinar suria yang memanah ke bumi memberi sinar kebahagaian kepada insan yang haus akan kebenaran dunia. Betapa besarnya keagungan Tuhan. Aduh sungguh bahagianya hari ini aku akan memulakan kehidupan baru di bumi bertuah ini. Tak terlintas di fikiran untuk merantau sejauh ini… Ingin saja aku bersujud dan mengucap syukur kepada Nya.. Akhirnya penantian selama 14 tahun tercapai hendaknya… Dengan kudrat yang masih berdaya aku gagah kan kaki untuk menjejakkan kaki ke menara gading.. Ya Allah!! Kalimah ini saja yang mampu terlintas di bibir ku yang merekah bak delima… DELima.. itu lah nama ku yang diberikan oleh orang tua ku… aku sangat menyukai nama itu.. Walaupun dalam arus pemodenan ini nama yang amat disukai oleh orang tuaku.. aku pun tidak mengerti mengapa nama aku seperti zaman dulu seperti yang dikatakan oeh kawan-kawanku.. Tapi aku tetap berasa bangga… aku pasti akan mencari makna atau yang tersirat namaku..

Bicara Pungguk...

Biarlah ku simpan
sampai satu masa
Namun cintamu
abadi biarlah kusimpan
Sampai akhir nanti ku menantimu
biarlah sepi ini
menemani rindu yang berlalu
seulas senyuman sekilas pandangan
adalah bicara sepi dari lubuk hati
cinta adalah pelayaran
yang tak perlukan pelabuhan
bila panah arjuna menikam
sukma api asmara pun menyala
menyerlah sinar
selagi angin berhembus
selagi itulah akan kubisik kerinduan ini
tiada ucapan tiada tulisan
yang ada hanyalah perasaan
apa yang pasti dirimu
tetap kunanti selagi mentari mengintai hari

Hanya Sebuah Jawapan...

Bila aku diperlukan
engkau datang rapat kepadaku ,
Bila aku tidak diperlukan
engkau membiarkan aku seperti anjing kurap,
Engkau memang tidak berguna,
Saat awal engkau beriya-iya hendakkan aku,
Sampai sanggup mencari aku
Sampai sanggup menunggu jawapan ku
Namun sekarang semuanya hampeh…
Aku ditinggalkan
bagai bergantung tak bertali..
Aku tidak mengetahui
apa salahku terhadapmu..
Saat aku dah mula menerima engkau dalam hidupku
Saat bunga-bunga cinta memekar dalam hatiku
bak rama-rama yang menari riang
Engkau pergi tanpa sebab
musabab yang bisa aku ketahui
Mengapa…
Aku hanya kepingin jawapan
kepada semua soalan yang membelenggu dalam sanubari ku ini..
Ya, hanya jawapan yang aku nantikan darimu..

Apa itu CINTA???( Alaf21)

Cinta bukan di KFC semata-mata,
Cinta bukan hanya kerana duit semata-mata,
Cinta bukan hanya sekadar nafsu sahaja,
Cinta bukan kerana paras rupa,
Cinta bukan sekadar melafazkan “ aku cinta padaMu’
Cinta bukan hanya berSMS sahaja,
Cinta bukan hanya di alam maya,
Cinta bukan musuh manusia,
Cinta itu hakiki hanya pada yang satu,
Tuhan yang Maha Esa….

Sepi... Ntahlah!

Sepi
Sentiasa merantai jiwaku
Sentiasa meyelubungi diriku
Sentiasa mengekori langkahku
Sentiasa menjamah mindaku
Sentiasa menampak di wajah lemah ini
Sentiasa haus akan akan mencari…
Kenapa???
Mengapa??
Apakah??
Sudah??
Jadah??
Hidup diselubungi ketakutan..
Bila??
Bagaimana???
Siapakah??
Kamu??
Dia??
Mereka??
Aku???
Ntahlah …..